Sunday 14 November 2010

SUDDEN ATTACK LEAGUE @ TERENGGANU (SALT 2010)

Pusingan pertama telah berlangsung secara meriah di Pro Zone Cyber Cafe semalam. Sebanyak 16 pasukan daripada seluruh negeri Terengganu telah berentap bersama semangat setia kawan dengan memaparkan aksi-aksi perjuangan di tahap Gaban Z Potong 2.

Skuad junior MooN_FamILYs walaupun dianggotai oleh leader kmfsc.co.cc namun 'kaloh parok dan rabok' dengan skuad Eye`s. Kemungkinan besar ketidakhadiran sniper utama x3iArrowZ menyebabkan tahap permainan tidak mencapai piawaian ISO. MooN_FamILYs hanya mampu memenangi 3 pusingan sahaja. Walaubagaimanapun masih ada peluang di 'Lose Bracket' pada hari Jumaat depan.

Walaubagaimanapun, kecundangan MooN_FamILYs telah berjaya ditebus oleh skuad senior kmfsc.co.cc yang berjaya menakluki skuad Pawnage (wakil CC Orange) dalam pertempuran yang amat mendebarkan dan sengit. Setelah berhempas pulas dengan 110% penumpuan dan dibantu oleh pasukan sorak yang diketuai oleh Lukman (moonmoon71) dan Khalil (wmdkhalil), kmfscc.co.cc berjaya menjalankan perang saraf ke atas pemain lawan setelah jauh ketinggalan pada separuh masa pertama. Dengan pilihan map oleh RyoXlll, kmfsc.co.cc telah berjaya bangkit selepas ketinggalan 5-3 semasa di 'red team'. Keputusan akhir hanya menyaksikan kmfsc.co.cc menang tipis dengan beza 2 mata.

Perlawanan peringkat kedua pada hari Jumaat depan menyaksikan kmfsc.co.cc akan berdepan dengan skuad .:|Dream|:. di 'Win Bracket' manakala MooN_FamILYs berdepan dengan skuad `Memories. 'Lose Bracket'. Kedua-dua skuad lawan ini boleh dikatakan ' adik-beradik ' kepada skuad kami.

SALT dijalankan secara liga yang mana 16 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Mana-mana pasukan yang dikalahkan 2 kali akan mengucapkan selamat tinggal. 1 mata akan diberi kepada pasukan yang menang dan bonus 1 mata akan diberikan sekiranya kemenangan secara "Bomb Planted" untuk (Red Team) atau "Bomb Defused" (Blue Team).

Siber Kafe KMF Stop Centre bersedia untuk menjalankan Friendly Tournament untuk pasukan SA Terengganu. Tournament akan dijalankan pada awal tahun hadapan. Sekiranya ada pasukan yang berminat, sila hubungi Fairuz 09-6172645 / 017-9559109 atau melalui e-mail fairuzhafeez[at]gmail.com.

Akhir kata,

"Selamat Berjuang kepada Semua !!! "

1 comment:

Tengku Abdul Mu'izz Tengku Zainal said...

fairuz.. saya yakin bnor moon family bleh menang dengan memories.. sbb 2 oermain utama sniper x hadir ari jumaat nie.... saya dan hitap tak leh mari ari jumaat nie.. jdi sniper tak de.. saya blik kmpung dan hitap pergi KL... kerana ari ahad tak leh buat, so team aq hancur lebur..