Codes of Ethics

ETIKA KMFSCians.

Kepada semua unit kmfsc.co.cc sila patuhi peraturan-peraturan berikut :


1. Jaga tatasusila semasa bermain (tatabahasa silap sikit2 tak pe. Elakkan maki hamun !). Jangan gelar-menggelar sesama sendiri kerna ianya bisa melukakan hati dan perasaan. Elakkan perkataan "noob", "bodo", "setan", "bab1", "bab2" dan seumpamanya. Digalakkan menggunakan bahasa Inggeris semasa chat.

2. Tidak dibenarkan main hack, glitch dan seumpamanya dalam Squad Battle (SB). Weii !!! bila nak maju kalau main tipu !!!

3. Tidak digalakkan untuk berebut-rebut menjadi sniper semasa SB. Hanya mereka yang terbukti kehandalannya berhak memegang status sniper semasa SB. Jangan menganggu sniper dengan meminta/meminjam sniper ("bagi aku sni @ lend sna 1 time" @ lend sna, i'm pro sna" : adalah ungkapan-ungkapan yang menganggu ketenteraman perSBian). Pertukaran/peminjaman snip weapon/TRG hanya digalakkan jika ada persetujuan dengan syarat secara pertukaran pantas (bukannya pertukaran lembab atau lempar x tau ke mana). Pastikan juga senjata pertukaran itu dipersetuji oleh sniper asal. 


4. DILARANG KERAS meminta senjata percuma dari leader atau vice ! DILARANG KERAS juga minta status Vice dari leader (anda akan dikick dengan selamba jika dengan muka tak malu meminta status leader atau vice). Hakikatnya, tiada VICE (tetap) di dalam squad kmfsc.co.cc.

5. Squad kmfsc.co.cc mementingkan "KERJASAMA" - Apa yang penting "KERJASAMA" ! Jika anda seorang yang jual ikan (selfish) sila keluar dari squad dengan hormat.

6. Peka kepada room "KMFREW" atau "kmfsc.co.cc rewards". Hanya riffle atau shotgun dibenarkan kecuali diberitahu sebaliknya. Room ini adalah untuk beramah-mesra dan menguji tahap permainan unit baru. Room ini juga boleh digunakan untUk berbincang dan mengorat sesama unit (lain jantina sahaja). Jika semua lelaki, masih berpeluang mengenal kakak atau adik perempuan unit lain. Apapun, biasanya leader akan bagi cam tu je hadiah (kalau ada rezeki la).
7. Ingat !!!!! JANGAN sesekali beri password kepada orang luar dan JANGAN invite orang luar ke dalam room KMFREW ini (sila minta password dgn fairuzhafeez). Hanya kmfscians dan / atau pelanggan KMF STOP CENTRE sahaja yang boleh masuk ke room ini. Siapa degil invite orang luar mungkin akan dibanned masuk KMFREW. Leader atau Vice mungkin akan memberi reward kepada pemenang dalam room ini (klu sikit orang masuk konpem x de hadiah). Semua orang layak memenangi hadiah termasuk la Vice & Leader. Maka bagi diorang serangan kaw-kaw punya!

8. Status ahli kmfscians mungkin ditarik balik bagi mereka yang tidak dapat mengekalkan KD SQUAD (INDIVIDU) untuk SB sekurang-kurangnya 50%. Mereka yang digugurkan dengan hormat akan didemoted ke squad junior Moon^FamILYs (sila msg dengan VICE kmfsc.co.cc jika masih berminat).
9. Unit dengan KD SQUAD untuk SB = 55%
dan 1000 kills sahaja dipertimbangkan untuk Vice. Yang baru masuk tunjukkan dulu komitmen untuk squad dan jangan ngada-ngada nak jadi Vice sebab nak berlagak dengan kawan-kawan (Vice sekalipun tidak digalakkan sembrono untuk meluluskan permohonan unit baru). Bagaimanapun Leader berhak menggunakan budi bicara dalam segala aspek pengurusan squad.

10. Yang paling penting bagi seorang KMFSCians adalah mesti seorang yang telus, jujur dan amanah dalam hal SA kepada leader dan unit-unit lain. Status kehormat akan diragut bagi mereka yang melanggar etika terpenting ini dan mungkin terus dibuang atau gantung sampai mati .. opss ... gantung beberapa bulan keahlian squad (baik masuk squad lain je la).

11. Mereka yang kurang ajar dengan leader dan vice akan menerima padahnya ! (Ditujukan lagu "Hye Hye Bye Bye!: secara percuma).

12. Semasa SB, sila dengar/baca dengan teliti arahan dari SB Leader / SB P.I.C (SB Leader biasanya Leader, Vice atau sniper).  Jangan suka-suka hati buat hal sendiri. Ingat SB adalah untuk kemenangan semua (squad) dan bukan untuk kemenangan peribadi.


Senarai SB Leader/ SB P.I.C yang bertauliah mengikut prioriti :
   i. HiGhJaCk (KL)
  ii. RyoXll (TRG)



13. Jangan suka-suka hati spam Squad Channel (lebih-lebih lagi bila ada SB).

14. Pastikan anda bersedia untuk SB dari segi mental dan fizikal. Bersedia dari segi mental adalah bermain habis-habisan walaupun ketinggalan jauh atau sudah nyata kalah. Ini kerana ranking squad adalah bergantung pada Squad EXP.

Bersedia dari segi fizikal ialah PC anda tidak akan DC tiba-tiba kerana kredit sudah habis (main prepaid kat CC) atau line yang tidak stabil. Sila msg fairuzhafeez dengan segera dan berikan msg tunjuk sebab mengapa anda tidak boleh dikick dari squad setelah keluar secara tiba-tiba dari SB. Jika tidak .. jangan menangis sayang !!!

14 . Jaga reputasi kmfsc.co.cc bila bermain terutama dalam SB. Jangan provok atau mengguris hati dan perasaan lawan. Hormati mereka (selama mereka menghormati anda). 



YOU WIN IF YOU CAN CONTROL YOUR ANGER !

Squad kita sedang terkenal.. chewahh ! Jadi kita kena bermain secara pro, kalau lawan buat silap sekali, kita cakap la elok2. Tapi kalau dah 2, 3 kali, itu sudah lebih. Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..... Ruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Laaaaaa.. kita sound balik !!!

15. Seperti disebutkan di atas, leader berhak menggunakan budi bicaranya di atas segala aspek pengurusan squad. Maka jika anda disingkirkan, janganlah kecewa dan terus kecewa, masih ada squad lain masih ada yang sudi menerima kerenah anda.

16. Sedikit pesanan, sehebat mana anda bermain, tetapi jika tidak memuaskan hati pengasas squad, fahamilah, jawapan kenapa anda tidak diberi pangkat Vice atau dikick keluar secara tiba-tiba ada pada anda sendiri.

17. Pelik tetapi benar ! Jika anda berada di bawah manager : fairuzhafeez semasa SB atau KD SB yang kurang daripada fairuzhafeez maka secara amnya anda tidak layak berada di dalam squad ini. Kenapa ? fairuzhafeez bukannya pro sangat (tapi bukan noob) dan hanya memegang tampuk kuasa untuk menguruskan squad. Cuma kadang-kala beliau bisa mengatasi yang lain (tetapi tetap di bawah akhirnya).


18. Carta Organisasi kmfsc.co.cc untuk masa sekarang :

Manager :
fairuzhafeez (Fair)
Leader : HiGhJaCk (Jack)
Assistant Leader : RyoXll (Afiq)


19. Pihak pengurusan berhak meminda pada bila-bila masa peraturan squad tanpa sebarang makluman (tapi x de la kejam sangat, kalau sempat akan kemaskini di sini).


JADI, ANDA BERMINAT MENJADI KMFSIANS !

(Dah fikir masak-masak ke?)

1. Tidak lebih dari 18 tahun pada 1.1.2010 (Yang tidak muda pun leh minta juga .. hik hik)

2. Bukan jenis Grasshopper ! Hopping ! Hopping ! Hopping ! Hop Means No Hope !

3. KD individu sekurang-kurangnya 53 % (minima 1000 kills jika baru reset KD).

4. Bukan jenis yang GONG atau berLAGAK. Boleh bermain secara teamwork dan ada kemahuan untuk belajar meningkatkan prestasi.

5. Bermain rifle / shotgun sahaja untuk SB (Sniper hanya untuk kes-kes khas).

6. Lulus ujian saringan !!! Anda akan diuji dari segi skill dan yang paling penting : SIKAP / ATTITUDE oleh Leader atau Vice (biasanya Warehouse 10-20 minutes / 100 kills limit). Jika anda berbakat, kalah pun diterima masuk. Begitu juga tidak semestinya anda diterima masuk walaupun menang kaw-kaw (masalah sikap).

7. Jika tidak memenuhi syarat 1 & 3 masih boleh dipertimbangkan.
Newbie pun digalakkan memohon (Tempoh matang yang sesuai diberikan sehingga layak untuk SB).

8. Berikan data ini :

a. Nama penuh (seperti dalam IC)

b. ID SA
c. Tarikh Lahir (hh/bb/tt)
c.
E-mail
d. No. HP (jika berbeza dari nombor yang digunakan untuk hantar data ini)
dan hantarkan kepada talian tak bebas tol +6017.955.9109 atau ke secara mesej ke FaceBook Squad http://facebook.com/kmfsc dalam tempoh 604800 saat selepas anda ditabalkan menjadi kmfscians (jika gagal akan dikick dengan selamba).


9. Sila join (likes) kmfsc.co.cc di FaceBook dalam masa 10800 saat selepas anda diterima masuk.

10. Bermain dengan komputer dengan grafik kad atau onboard graphic 128mb. Pendek kata, komputer yang anda main tu syiok atau best la. Sebaliknya, jika komputer selalu lekkat (lag) atau line internet selalu bermasalah, tak payah mintalah, susah-susah aje.

11. Squad tidak memerlukan tawaran @Cash atau senapang percuma dari sesiapa. Squad ini adalah berorientasikan perniagaan (Squad rasmi KMF Stop Centre). Maka anda tidak perlu menunjukkan anda kaya dan ingin memberi @CASH atau apa-apa kepada squad. Cuma, jika anda baik hati nak sedekah kat kawan-kawan, dipersilakan tapi jangan sesekali dikau mengungkit!

12. Main-main juga tapi sila siapkan kerja rumah atau kerja sekolah sebelum anda dirotan. Utamakan ilmu demi masa depan !


Knowledge Means Future !

13. Unit baru tidak digalakkan untuk SB kecuali dipanggil oleh Leader, Vice atau Person in Charge (dengan kelulusan Leader)
 

14.
Bukan VICE tidak dibenarkan sama sekali untuk memanggil unit-unit untuk SB (kecuali mereka yang bermain di KMF STOP CENTRE - Pantauan ada).

15. Mesti sentiasa aktif (terutama SB). Pastikan anda online SA sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (satu sessi 1 jam). Biarpun sukar untuk melepaskanmu namun mana-mana unit yang tidak aktif terpaksa digugurkan tanpa notis (tambah2 lagi squad dah penuh). Sekiranya anda bercuti lama (menemani nenek ke Europe contohnya), sila mesej leader dalam kadar segera.



16. Sentiasa kekalkan KD SB sekurang-kurangnya 50% atau anda terpaksa digugurkan.


17. Mesti sabar dan istiqamah. SB bukan untuk suka-suka. Sb juga bukan untuk mengejar rewards peribadi (title major dan sebagainya). Jika anda bagus dan mesra dengan yang lain, peluang besar untuk anda dipanggil SB.

18. Paling penting, mesti mendengar kata. Semasas SB ikuti arahan P.I.C (Person in Charge). Kalau keras kepala, kena tembak HS dengan AK47, terus kuar tanpa belas.(Rujuk pages SB Rules untuk details)

19. Dan seperti biasa, pihak pengurusan berhak meminda
peraturan squad pada bila-bila masa.


20. Ingatlah, leader bukannya kejam sangat, tapi jangan anda pula mengejamkan diri anda sendiri !